:: Forever Together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

Jan 12, 2009

Kek Pilih Kasih


Bahan-bahan

16 oz mentega golden churn
10 biji telur ayam
1 tin kecil srikaya
1 botol kecil horlick = ( satu paket kecil 200gm)
1/2 tin susu manis
1/2 kg bijan - digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan. (siapa yang tak gemarkan terlalu byk bijan boleh kurangkan)
1 sudu teh essen vanilla
2 1/2 gelas kacang tanah - digoreng tanpa minyak sehingga agak hitam dan isi kacang masak, kemudian dibuangkan kulit kacang sehingga bersih sebelum ditumbuk agak halus atau dikisar
1 1/2 gelas gula halus
1 gelas tepung gandum
2 gelas tepung roti (biskut) marie
6 sudu besar milo
3 sudu besar browning sugar


Cara-cara
1.Pukul mentega dengan gula sampai kembang.
2.Masukkan telur satu persatu sambil dikacau rata.
3.Susu, srikaya, horlick dan milo digaul di tempat lain sehingga rata dan sebati.
4.Kemudian, masukkan ke dalam adunan telur dengan mentega tadi. Gaulkan rata dan sebati.
5.Masukkan essen vanilla, browning sugar, bijan, kacang tanah tumbuk/kisar, tepung gandum dan tepung roti (biskut marie). Gaulkan rata-rata dan sebati.
6.Kukus sehingga masak.

* gunakan loyang yang muat untuk kek sebanyak 10 biji telur samada loyang segi empat atau bulat

No comments: