Dec 31, 2008
Kek Lapis Evergreen
Bahan-bahan ( 1 biji )
* 10 biji telur
* 10oz. Gula Halus
* 16oz. Mentega
* 1 cawan Susu tepung
* 6 oz. Tepung Gandum
* 1 sudu makan Ovalette
* 1 tin Susu Pekat
* 2 peket Santan serbuk
* Pewarna hijau
* Perisa Pandan atau pandan past
Cara-cara
1. Pukul mentega & gula sehingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil di pukul.
2. Masukkan ovalette, susu pekat, tepung, susu tepung, santan serbuk & akhir sekali paste pandan (di masukkan sedikit2 sambil di pukul).
3. Alaskan tin pembakar & di gris. Ambil 2 senduk & ratakan. Bakar dengan api atas atau grill sehingga keperangan. Keluarkan dari oven & tekan dengan penekan kek lapis supaya rata.
4.Ulangi proses melapis & membakar sehingga habis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment